Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Parlimen dah nak dibubar, tiba-tiba Mahathir ada duit 20 Billion untuk ransang ekonomi -netizen



PUTRAJAYA: Terdesak dengan situasi politik terkini, Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM20 bilion.

Pengumuman beliau sebentar tadi telah mendatangkan tanda tanya kepada pelbagai pihak kerana sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pemerintahan beliau juga amat lokek sekali dengan rakyat dan juga sering melakukan u-turn apabila tibanya tarikh yang dijanjikan.

Berikut adalah komen-komen netizen di Page buletin Utama TV3:

Afiq Forte: Akan ada PRU.. dah start dah... tiba2 terus ada duit.. saje le tue nak minta undian.. undi PH.. kekalkan Tun M jadi PM.

Mohd Rafael: Dia dah prepare utk kempen dulu,dia cuba tunjukkan dia prihatin.Org bagi,sapu jerlah.




Zulkafli Joe Tiger: Memang ckp tun m tak boleh di percayaiii...kalau nak percaya pon kena pikir halus2 boleh tak boleh....rasa2 nya tak yah percaya lah sbb tun suka bohong

Jose Adilim: Teksi dapat.. e-hailling pishang lahh.

Pelangi Senja: Baik atok bayo je hutang negara dgn duit 20 billiun tu.. kami rakyat tak kisah pun sbb kami dah biasa hidup susah...hari2 mkn ikan masin pun x pa. Anak dgn kroni atok la nanti tak dapat makan mewah.

Walaupun begitu, Tun Mahathir tidak mengumumkan secara rasmi tarikh sebenar pakej ransangan tersebut akan disalurkan kepada rakyat. Beliau hanya berkata bermula pada April sahaja.




Mahathir mengumumkan beberapa langkah termasuk bantuan wang tunai dan insentif untuk membantu negara berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat penularan virus Covid-19 yang telah menjangkiti lebih 82,000 orang di seluruh dunia dan meragut lebih 2,800 nyawa.

Antara langkah-langkah yang diumumkan adalah seperti berikut:

1) Bayaran one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas pesiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.

2) Elaun khas RM400 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid-19.




3) Bayaran RM200 untuk kakitangan imigresen dan kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam membendung Covid-19 dari Februari 2020 sehingga wabak berkenaan berakhir.

4) Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya diberikan pada Mei 2020 akan diawalkan iaitu pada Mac 2020.

5) Tambahan RM100 kepada setiap penerima BHS akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.




6) Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan dalam negeri.

7) Baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen

8) Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuat kuasa sehingga akhir tahun.

Walaupun pakej bantuan ini dilihat tidak adil kepada semua pihak, apapun diharap Tun Mahathir salurkan cepat-cepat kalau betul ikhlas.

Jangan hanya nak pancing rakyat sahaja. Rakyat dah letih dengan pembohongan Kerajaan PH di bawah beliau selama ini.

BACA: Mesyuarat Raja-Raja melayu belum disahkan lagi -jurucakap Istana

-Tun Carlos