Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Makan malam Azmin bersama BN-PAS berakhir tanpa pimpinan DAP dan kem Anwar


PETALING JAYA: Majlis makan malam istimewa melibatkan pemimpin PKR yang bersepakat dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Umno, PAS dan PPBM berakhir tanpa dihadiri pimpinan DAP dan juga PKR dari kem Anwar.

Majlis ini berlangsung ketika negara gempar dengan desas-desus mengenai penyusunan semula politik yang boleh menamatkan komposisi semasa Pakatan Harapan.

BACA: Anwar akan mengadap YDP Agong esok

Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad tidak menyertai makan malam ini. Pemimpin tertinggi yang kelihatan adalah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.






Setelah selesai makan malam, wakil-wakil rakyat yang ditemui semuanya menutup mulut daripada memberitahu apa yang berlaku ketika makan malam.

Mereka juga tidak menjawab soalan wartawan mengenai berpuluh kenderaan yang diiringi polis dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada 5.30 petang.

Perubahan politik baru di Putrajaya difahamkan akan menamatkan penglibatan DAP dan juga PKR dalam kerajaan persekutuan, sementara parti berteraskan orang Melayu dijangka memainkan peranan dominan dalam gabungan baru politik yang bakal muncul.

BACA: Pertukaran Kerajaan: Mesyuarat tergempar DAP esok

BACA: Najib sangkal dakwaan beliau tandatangan SD bentuk kerajaan baru



💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos

-Tun Carlos