Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemimpin DAP tidak pernah buat janji yang mereka tidak dapat penuhi -Guan Eng



KUALA LUMPUR, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata dalam temuramah baru-baru ini dengan Oriental bahawa Kerajaan Pakatan Harapan PH akan penuhi janji pilihanraya mereka.

Apabila disoal sama ada janji PH untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang belum ditunaikan akan menjejaskan gabungan itu dalam pilihan raya negeri, Guan Eng menegaskan bahawa semua janji yang dibuat akan dipenuhi pada waktunya.




"Pemimpin DAP tidak pernah membuat janji yang mereka tidak dapat penuhi. Apa yang kita hadapi sekarang adalah isu kewangan negara dan hutang besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran (BN) sebelum ini.

"Tetapi tentang janji pilihan raya (Manifesto) kami, kami akan penuhi, cuma ia akan mengambil masa," katanya.

Lim juga berkata bahawa tidak guna bagi kerajaan untuk memberikan retorik perubahan tanpa kesan ketara kepada rakyat.




"Kerajaan PH telah melakukan lebih baik daripada kerajaan sebelumnya dalam hampir semua aspek," tambahnya.

Bercakap mengenai hutang lama yang didakwa membebankan Kerajaan PH, menurut dari data Bank Negara Malaysia sejak PH memegang Putrajaya pada 9 Mei 2018 sehingga 31 Januari 2020, Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng sendiri telah berhutang sebanyak lebih RM130 Billion dalam masa tak sampai 2 tahun.

-Tun Carlos