Pemimpin UMNO yang dijangkiti "Kerala Virus" digesa tinggalkan UMNO secara baik
KUALA LUMPUR: Oleh kerana tidak berpuas hati dengan gerakan untuk menggabungkan UMNO dengan Tun Dr Mahathir, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam telah memuat naik satu video untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya.
Di dalam video yang berdurasi 3 minit itu, Lokman mendakwa Presiden Umno Zahid Hamidi dan juga beberapa pemimpin kanan UMNO yang lain telah dijangkiti oleh virus yang diberi nama "Kerala Virus".
Menurut Lokman, virus tersebut pada mulanya telah dibawa oleh Dato Hishamuddin Tun Hussein dan kemudian ianya telah dijangkiti oleh Presiden UMNO. Kemudian dijangkiti pula oleh Setiausaha Agung UMNO iaitu Anwar Musa dan juga Ketua Penerangan UMNO iaitu Dato Dr Samsul Anuar Nasara.
Virus itu juga mengjangkiti Dato Azalina Othman, Syeikh Hussin Mydin, Razlan, Rafi dan beberapa orang yang lain.
Lokman menggesa mereka yang dijangkiti virus tersebut segera tinggalkan UMNO supaya virus ini tidak dijangkiti oleh ahli-ahli UMNO yang lain.
Berikut adalah klip video Lokman:
video: