Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Perak Corp disenarai syarikat bermasalah di Bursa, doakan staff tidak dibuang kerja



PERAK: Kelmarin, 11 Feb syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang dimiliki kerajaan Perak, Perak Corporation Berhad mengumumkan bahawa mereka tidak dapat lagi membayar hutang dan telah disenaraikan sebagai syarikat kategori PN17.

Penyenaraian kepada kategori PN17 ini adalah satu langkah sebelum syarikat itu dinyahsenarai atau diisytiharkan muflis.

Pengumuman dari Perak Corp




Apa maksud syarikat kategori PN17?

Syarikat awam di Bursa Malaysia yang berstatus PN17 dan GN3 merupakan syarikat yang bermasalah. Bermasalah dari sudut kewangannya, laporan kewangan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang bermasalah, dan indikator yang paling penting adalah syarikat tersebut mengalami kerugian yang teruk.

Perkara ini telah mendapat perhatian bekas Perdana Menteri DS Najib Razak, dimana beliau mempersoal mengenai cara Kerajaan Pakatan Harapan negeri Perak mengedalikan syarikat itu.

DS Najib Razak




"Berulang ulang kata Najib bankrapkan negara walhal selepas PRU14, banyak pulak aset PH. Mereka suruh Najib jangan sibuk, jangan campur, kononnya diaorang lebih pandai. Kerana rasa dan fikir mereka pandai, berdedailah mereka masuk jadi director."

"Akhirnya syarikat milik kerajaan Perak diambang bankrap. Lepas ni bolehlah director betul betul duduk gerai tepi jalan."perli Najib kepada seorang pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang memuatnaik gambarnya semalam kononnya zuhud makan di gerai tepi jalan. Padahal dia makan kat restoran mamak.




"Saya hairan kenapa berita ini tidak mendapat liputan media tempatan." ujar Najib lagi.

"Selepas PRU14, Nga Kor Ming suruh seluruh lembaga pengarah syarikat tersenarai milik kerajaan Perak, Perak Corporation untuk letak jawatan serta merta."

"26 Mei 2018: DAP gesa lembaga pengarah Perak Corporation Berhad letak jawatan"
https://www.malaysiakini.com/news/426968




Lepas itu, PH ganti ahli lembaga syarikat itu dengan orang mereka, termasuk anak buahnya Chong Zhemin.

Lembaga pengarah syarikat tersebut ada 7 orang.
5 daripada 7 ahli lembaga pengarah ialah:


- Mohamed Azni bin Mohamed Ali
Calon PH bagi kerusi Parlimen P72 Tapah

- Chong Zhemin
ADUN PH N42 Keranji (Anak buah Nga Kor Ming)

- Ng Shy Ching
ADUN PH N46 Teja

- Hatim bin Musa
Calon PH bagi kerusi N.53 DUN Rungkup

- Khairul Anuar bin Musa
Calon PH bagi kerusi N. N.19 DUN Chenderoh





Syarikat yang telah diumumkan berstatus PN17 ini perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia.

Doakan rakan-rakan dan saudara-mara kita yang kini masih bekerja di Perak Corporation tidak dibuang kerja.

-Tun Carlos