Pertama kali, prestasi perdagangan Malaysia jatuh ke tahap negatif !
PUTRAJAYA, Kerajaan telah melaporkan prestasi perdagangan antarabangsa untuk keseluruhan tahun 2019.
Eksport tahunan 2019 jatuh sehingga negatif 1.7%
Import tahunan 2019 jatuh sehingga negatif 3.5%
Ini adalah kejatuhan yang besar berbanding 2018:
Eksport tahunan 2018 naik 6.7%
Import tahunan 2018 naik 4.9%
Dan jauh berbeza masa Barisan Nasional pada tahun 2017 di mana kadar pertumbuhan perdagangan antarabangsa dicatatkan yang paling besar sejak 13 tahun yang lalu.
Eksport tahunan 2017 naik 18.9% (Zaman BN)
Import tahunan 2017 naik 19.9% (Zaman BN)
Angka perdagangan Malaysia yang negatif ini merupakan petunjuk kepada kemelesetan ekonomi negara yang sedang berlaku.
Perkara ini juga mendapat perhatian daripada bekas Perdana Menteri DS Najib Razak di facebooknya.
"Semua menjadi negatif! yang positif cuma ujian kencing pemimpin-pemimpin PH." perli DS Najib di Facebooknya
"Moga prestasi Malaysia akan memulih pada tahun 2020 ini dan kita mencatat kenaikan semula. Harap jangan gaduh-gaduh lagi tahun ini. Harap jangan negatif lagi." perlinya lagi.
-Tun Carlos