PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat percubaan pengkhianatan terhadap dirinya sebagai bakal PM ke-8.
Beliau juga tidak menolak akan ada perubahan dalam Kerajaan pada esok hari. Kata beliau, percubaan itu membabitkan kerajaan Bersatu dan segelintir pihak dari parti PKR.
"Sekarang kita menunggu maklumat lanjut tetapi ada percubaan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan membabitkan bekas rakan kita Bersatu dan segelintir dari PKR yang khianat.
"Mereka sudah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong petang tadi namun belum ada pengumuman lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum menjawab soalan tazkirah selepas solat Maghrib, di kediamannya di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur.
Anwar berkata, beliau tidak mempunyai maklumat penuh mengenai penubuhan kerajaan baharu.
"Soalan mengenai kerajaan baharu... saya belum mendapat maklumat penuh lagi," katanya dalam tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Keadilan Rakyat.
Pada sesi tazkirah itu juga, Anwar kelihatan sentiasa memeriksa telefon bimbitnya.
Wartawan yang berhimpun di hadapan kediamannya tidak dapat mengikuti atau mendengar sesi tazkirah itu apabila diminta keluar selepas solat Maghrib tadi.
BACA: Najib sangkal dakwaan beliau tandatangan SD bentuk kerajaan baru
Video:
💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos
Sumber: HMetro