Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PH berputih mata, mahkamah sahkan duit UMNO bersih.



KUALA LUMPUR. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman kerajaan untuk melucut hak wang parti UMNO yang bernilai RM212.97 juta yang didakwa ada kaitan dengan dana 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menolak saman melucut hak itu ketika permulaan prosiding pagi ini.

Zaini memutuskan baki wang di dalam akaun bank Umno pada Mei 2019 tidak berkaitan dengan sebarang duit yang didakwa didepositkan oleh bekas presidennya Najib Razak.

"Tidak ada baki wang yang dimasukkan oleh DSNR (Najib Razak) dalam akaun (Umno)," katanya, sambil menambah bahawa RM192 juta itu telah lama dibelanjakan.




Dalam prosiding yang sama, Zaini juga menolak saman kerajaan untuk melucutkan dana didakwa berkaitan 1MDB daripada Wanita MCA, Perano Sdn Bhd dan Binsabi Sdn Bhd.

Jumlah yang dinyatakan dalam saman perlucutanhak itu berjumlah RM300,000, RM337,634.78, dan RM777,250 masing-masing dari Wanita MCA, Perano dam Binsabi.

Perano adalah anak syarikat firma tekstil Jakel Trading, manakala Binsabi merupakan syarikat pengurusan acara.




Ketika membaca penghakiman lisan secara ringkas hari ini, Zaini berkata peguam Umno berjaya menunjukkan tidak ada RM192 juta yang didakwa disimpan dalam akaun bank CIMB milik parti politik itu.

Hakim itu merujuk kepada pertikaian saman melucut hak itu bahawa dakwaan RM192 juta hasil daripada kegiatan haram telah masuk ke akaun Umno daripada akaun Najib melalui cek antara April dan Ogos 2013.

Akaun Umno kemudian dibekukan pada tahun 2018 setelah Pakatan Harapan menjadi Kerajaan sebagai sebahagian daripada siasatan oleh SPRM.

sumber: MalaysiaKini