Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PPSMI: Mahathir sengaja lontar isu itu bagi menutup masalah dalaman PH



KELANTAN, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilontar semula oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dianggap sebagai satu jalan untuk menutup masalah dalaman yang sedang melanda parti-parti gabungan di dalam Pakatan Harapan (PH) seperti pergaduhan sesama mereka sendiri untuk merebut kuasa.

Beliau berkata, perkara itu belum lagi diputuskan secara rasmi oleh Perdana Menteri malah tidak dibincangkan kedudukan perkara itu oleh PH sendiri.

"Tunggu (tengok) selepas ini. PH pun belum menentukan kedudukannya (cadangan PPSMI).




"Mungkin isu ini ditimbulkan (sebab) nak tutup masalah dalaman parti-parti dalam PH," katanya pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk 'Pemetaan Baru Dunia' sempena 30 tahun membangun bersama Islam di Kota Bharu, malam tadi.

Minggu lalu, isu PPSMI kembali dicadangkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk dilaksanakan semula semasa dalam ucapannya.

Kenyataan mengenainya dimuat naik di YouTube rasmi beliau, namun perkara itu tidak begitu jelas bagaimana dasar itu akan dilaksanakan.




Susulan itu pelbagai reaksi bantahan terhadap cadangan tersebut oleh banyak pihak termasuk di kalangan pimpinan PH. Isu itu juga menjadi perbualan rakyat semula terutama dari kalangan guru yang dilihat majoritinya tidak bersetuju dengan PPSMI.

Sebagai rekod Abdul Hadi dan PAS antara pihak yang lantang membantah PPSMI ketika dilaksanakan kali pertama pada 2003, malah presiden PAS itu turut hadir memimpin demonstrasi pada 6 Mac 2009.




Pada 6 Mac 2018, anggota parlimen Marang itu tampil menyelar cadangan Mahathir mempertimbangkan pelaksanaan semula PPSMI sekiranya PH mentadbir negara selepas PRU14.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, setakat ini belum ada keputusan rasmi oleh kerajaan pusat berhubung perkara itu.

"Itu belum lagi keluar satu kenyataan (rasmi), cuma benda yang lama dah ada kajiannya," kata Hadi.

sumber: MalaysiaKini