Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rakaman Suara: Zahid Hamidi cadang UMNO bergabung dengan Mahathir



KINI bukan khabar angin lagi bahawa ada gerakan untuk menyatukan UMNO , PAS bersama-sama Tun Dr Mahathir.

Perkara ini lebih jelas apabila Presiden UMNO sendiri telah mencadangkan supaya UMNO bersama-sama mengikuti PAS untuk bergabung dengan Mahathir. Menurut sumber, gabungan yang baru itu akan dinamakan "Pakatan Nasional".

Pakatan Nasional?

Menurut pendedahan seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato Lokman Adam, Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba-tiba muncul dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Dato' Sri Tajuddin Abd Rahman.




Di dalam ucapan Zahid, beliau telah menyatakan empat sebab utama kenapa beliau mahu UMNO berkerjasama dengan Mahathir.

Didalam ucapan itu, beliau telah menyatakan 4 sebab utama kenapa beliau mahu UMNO berkerjasama dengan Mahathir




Pertama, alasannya hendak menjaga Muafakat Nasional, disebabkan PAS hendak kerjasama dengan Mahathir, UMNO kena ikut supaya tidak ketinggalan.

Kedua, Zahid berkata kalau tidak berkerjasama dengan Mahathir, UMNO tak boleh selesaikan masalah Bossku (DS Najib Razak) yang kini dibuli dan difitnah oleh Pakatan Harapan.

Ketiga, sekarang kuasa ditangan Mahathir. Sudah ada diatas meja seorang yang sangat berkuasa untuk mengharamkan UMNO.




Keempat. Zahid berkata lagi, beliau boleh saja menggunakan kuasa vetonya sebagai Presiden UMNO untuk berkerjasama dengan Tun Mahathir. Sebaliknya beliau menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Jika gabungan ini berjaya, jumlah ahli parlimen gabungan politik terbaru ini sudah boleh mewujudkan kerajaan baru.

Jumlah ahli Parlimen:

UMNO/BN = 68
Mahathir     = 34 (18 Bersatu + 16 geng Azmin)
PAS             = 18
JUMLAH =120

Ini bermakna DAP, AMANAH dan PKR akan kembali menjadi pembangkang dan kekal di dalam Pakatan Harapan. Dan yang lebih kasihan, impian Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 sudah tentu akan berkubur.

Apapun mengikut dari ucapan DS Zahid Hamidi, apa-apa keputusan untuk menyertai gabungan ini akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Apa pula pandangan rakyat dan akar umbi UMNO?

BACA: Umno kecewa tindakan Lokman Adam dedah rakaman suara Zahid

-Tun Carlos

video rakaman suara DS Zahid Hamidi: