Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Remaja pengsan di KLCC ditahan di HKL ditakuti dijangkiti koronavirus



PUTRAJAYA - Menurut Sinar Harian, Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan siasatan terhadap seorang remaja warga Kanada bagi mengenalpasti punca sebenar termasuk kaitan koronavirus selepas dia dilaporkan pengsan di lot parkir KLCC, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ambulan HKL dikejarkan ke Pusat Perubatan Menara Berkembar itu selepas mendapat panggilan berhubung kes tersebut.

"Remaja berusia 17 tahun berkenaan ditempatkan di wad isolasi HKL untuk pemantauan," katanya pada sidang media perkembangan koronavirus di sini, hari ini.





Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Dr Dzulkefly berkata, semua langkah telah diambil bagi memastikan sebarang kemungkinan.

"Perkara yang dalam fikiran kami adalah koronavirus, tetapi ia boleh jadi disebabkan penyakit lain yang mungkin berkaitan dengan jantung," katanya.





"Remaja itu tiba di negara ini dari Indonesia, semalam. Dia sebelum ini menetap selama 15 tahun di Shanghai, China," katanya.

Terdahulu, beberapa gambar pasukan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di lokasi itu turut tular di media sosial.

photo credit: Vitdaily.com



photo credit: Vitdaily.com



photo credit: Vitdaily.com

Apapun tahniah kepada pihak HAZMAT, Bomba dan HKL kerana tindakan yang cepat dan pantas. Doakan remaja tersebut tidak dijangkiti koronavirus.

BACA: Jumlah data terkini kes virus Wuhan

BACA: Tiga rakyat Malaysia kini sah positif koronavirus

-Tun Carlos