PUTRAJAYA, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir diminta mengulas lanjut mengenai sokongan UMNO semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini,
"Mereka kata bahawa Umno, malah PAS, sanggup bekerja dengan saya. Saya bagi tahu mereka jika mahu bekerja dengan saya, kamu sokonglah," katanya.
Ditanya mengenai bentuk sokongan yang diharapkan, Mahathir berkata: "Di parlimen, apabila kita lakukan sesuatu yang baik, saya fikir mereka harus menyokong, bukan hanya membangkang secara buta tuli."
Spekulasi mengenai kerajaan campuran tercetus apabila perkara itu dibangkitkan Ahli Majis Tertinggi Lokman Noor Adam pada Selasa lalu yang bertindak membidas presidennya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir untuk membentuk satu pakatan baru yang diberi nama Pakatan Nasional.
BACA: Rakaman suara Zahid Hamidi cadang UMNO bergabung dengan Mahathir
Bagaimanapun, tidak semua dalam Umno nampaknya memihak atau sehaluan. Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, semalam mengingatkan pemimpin parti itu supaya tidak "terpesona dengan nafsu" kerana ia sangat merbahaya dan dalam politik perlu ada kejelasan dan tujuan "lamaran".
BACA: Jangan terpedaya, Mahathir perlu perjelas tujuannya - Tok Mat
Apabila ditanya samada Mahathir mengalu-alukan sokongan UMNO untuk bergabung dan menyokongnya,
"Sesiapapun yang sokong, saya rasa seperti melayang (floating)."ujar Tun M.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian nampak tak style Tun M? Bila "plan" dia tak jadi, dia kan sindir balik orang yang "deal" dengan dia. -Tun Carlos