Sebab DNA penipu dalam badan Lim Kit Siang, saya difitnah bunuh orang dengan simen -Najib
KUALA LUMPUR. Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak hari ini sekali lagi mempersoal tindakan Lim Kit Siang yang mahu mengaitkan kembali kematian mendiang Kevin Morais dengan beliau.
"Kit Siang tak pernah buang tabiat menipu dia. Saya rasa menipu adalah dalam DNA dia.
"Orang yang sudah meninggal pun akan difitnah dan dipergunakan oleh dia untuk menipu Rakyat tanpa sebarang rasa bersalah.
Mendiang Kevin Morais dan lokasi dibunuh |
"Masa mendiang Kevin Morais dibunuh dengan begitu kejam, dia antara orang yang paling awal libatkan Morais dengan siasatan 1MDB siap kata ada pendrive dengan segala-gala maklumat kesalahan 1MDB." ujar Najib.
Mana pen drive?
"Kit Siang, mana pendrive itu? Saya dah lama tuntut." tanya DS Najib dalam postingnya di Facebook.
Untuk rekod, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika zaman Barisan Nasional (BN) sudah berkali-kali menafikan mendiang Kevin Morais terlibat dalam kes SRC atau 1MDB.
Malah sudah diberikan bukti bahawa dia sudahpun tidak lagi bekerja di SPRM sejak Mac 2014 - iaitu lebih setahun sebelum siasatan SRC dan 1MDB bermula.
31 MARCH 2016: Tan Sri Abu Kassim Mohamed
https://www.sprm.gov.my/…/ar…/1569-statement-on-kevin-morais
Selepas PH memang pilihanraya ke 14, SPRM di bawah kerajaan PH di mana ketika itu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang pernah menangis seperti baby di New York memegang jawatan Ketua SPRM, juga menegaskan mendiang langsung tidak terlibat dengan kes SRC atau 1MDB.
22 MEI 2018: Datuk Seri Mohd Shukri Abdull
https://www.malaymail.com/…/dpp-kevin-morais-death-…/1633576
Malahan di dalam perbicaraan mahkamah tahun lepas juga, SPRM juga tegaskan sekali lagi mendiang tak terlibat dalam kes 1MDB.
27 OGOS 2019: Rosli Hussain
https://www.theedgemarkets.com/…/kevin-morais-not-involved-…
Tetapi hari ini, Kit Siang sekali lagi kata mendiang Kevin Morais terlibat dengan kes 1MDB dan pengorbanan dia semasa menyiasat 1MDB patut dihormati.
https://www.malaymail.com/…/kit-siang-parliament-sh…/1837455
Kenyataan jahat Kit Siang yang disiarkan Malaymail hari ini untuk menfitnah semula kematian Kevin Morais |
"Tak tipu, tak fitnah bukan Kit Siang dan bukan DAP. "
"Oleh kerana Kit Siang ini, bertahun-tahun saya difitnah bahawa saya begitu kejam membunuh mendiang lalu bekukan mayat dia dengan simen." kata DS Najib mengakhiri postingnya di Facebook.
-Tun Carlos