SARAWAK, satu video sudah tular pada hari ini yang menunjukkan seorang pakcik menegur Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq supaya jangan lompat pagar lagi.
Video dikatakan diambil semasa program rasmi Kementerian di negeri itu. Gelagat spontan pakcik yang berbahasa loghat Sarawak itu telah membuatkan Syed Saddiq juga tergelak dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan melompat pagar itu.
Pada minggu lalu Syed Saddiq telah dikepung oleh kira-kira 200 anak muda yang tidak berpuas hati dengannya semasa program Rapat Umum Armada Johor di sebuah resort di Ulu Tiram Johor.
Takut dengan anak-anak muda yang tidak berpuas hati itu, Syed Saddiq terpaksa melompat pagar dan lari mengikuti lorong tikus.
Tindakan Syed Saddiq itu telah mendapat pelbagai kecaman daripada netizen kerana tidak berani berhadapan dengan wakil anak-anak muda untuk berbincang tentang ketidakpuasan hati mereka.
Ketua Polis Negara, Hamid Bador telah mewujudkan satu skuad khas untuk menyiasat perkara yang memalukan Menteri muda itu.
Lanjutan dari itu, 3 orang daripada kumpulan anak muda itu telah ditangkap polis untuk siasatan.
Apapun harap YB Syed Saddiq tidak buat laporan polis terhadap pakcik ni pulak. Pakcik tu melawak saja.
-Tun Carlos
video pakcik tegur Syed Saddiq: