IBARAT sudah jatuh, ditimpa pula tangga.
Sudah lompat pagar, telur tertinggal pula.
Mungkin begitulah perumpamaan nasib yang hadapi oleh Menteri Belia Sukan, Syed Saddiq kerana Pemuda Umno hari ini telah membuat laporan polis terhadap beliau berikutan dakwaannya yang menuduh penyokong Umno membuat kecoh dan mengepungnya dalam satu insiden di Ulu Tiram, Johor malam tadi.
Ketua Pemuda Umno, Aysraf Wajdi Dusuki berkata, sayap parti itu juga akan memfailkan saman terhadap menteri belia dan sukan itu sekiranya gagal memohon maaf.
Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO |
Sehubungan itu Asyraf menggesa polis menyiasat menteri berkenaan di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah, dan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, barisan peguam dari Pemuda Umno juga akan menghantar notis tuntutan kepada Syed Saddiq agar mengeluarkan perkataan fitnah terhadap Umno daripada status Facebook dan memohon maaf secara terbuka.
"Jika gagal, Pemuda Umno akan memfailkan saman fitnah di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Saddiq dan keluarganya menghadiri perjumpaan Armada di sebuah restoran di Ulu Tiram malam tadi, bersama-sama anggota Pemuda, wanita dan sayap bahagian serta keluarga mereka.
Syed Saddiq berkata, sekumpulan kira-kira 200 orang menyerbu majlis itu dan mengepung beliau sebelum menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Dalam hantaran Syed Saddiq di FB Pagenya pagi ini, beliau mendakwa kekecohan itu dipercayai dilakukan penyokong Umno yang menyuruhnya meminta maaf kepada Tunku Mahkota Johor TMJ.
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, kumpulan itu didengar menjerit agar Menteri itu meninggalkan dan keluar dari negeri Johor.
Syed Saddiq juga mendakwa beliau, keluarganya, dua wakil rakyat dan beberapa individu lain terpaksa "melompat pagar" untuk melepaskan diri.
Asyraf bagaimanapun menafikan penglibatan Umno dalam kejadian itu keran abeum pernah lagi UMNO dan Pemuda UMNO terlibat dalam mana-mana rusuhan, demontrasi haram ataupun pergaduhan.
BACA: Syed Saddiq dihalau di program Rapat Umum Armada Johor
-Tun Carlos