Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Semua Ahli Parlimen dipanggil untuk "personal interview" di Istana hari ini dan esok


KUALA LUMPUR- Pihak Istana Negara telah mengadakan sidang media oleh Datuk pengelola Bijaya Diraja Istana Negara. Beliau telah memaklumkan bahawa proses yang akan berlaku pada hari ini dan esok di Istana adalah seperti berikut:

Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga ahli-ahli kabinet dan Perdana Menteri baru dilantik.

Bermula pukul 2.30 petang ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan mula memanggil menghadap seorang demi seorang Ahli Parlimen, untuk ditemubual sekitar 1-3 minit.

iklan


Ini adalah proses Baginda sendiri untuk mengetahui dengan terang siapakah dikalangan Ahli Parlimen yang ada dirasakan layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kumpulan pertama akan diletakkan dalam kumpulan kecil seramai 90 orang. Dan besoknya akan disambung baki daripada jumlah sebenar.

Proses interviu ini akan dilakukan sendiri oleh baginda, dan iaanya akan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

iklan


Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia, setiap individu Ahli Dewan Rakyat dipanggil menghadap seorang demi seorang. Ini selaras dengan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(2a)

Perkara 43. Jemaah Menteri.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

-Tun Carlos

iklan