Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seorang askar Thai masih bebas setelah menembak mati 20 orang awam



THAILAND. Seorang askar Thailand telah  melakukan tembakan secara terbuka di beberapa lokasi di Nakhon Ratchasima, di kawasan timur laut negara itu sejak petang tadi.

Tindakan gilanya itu telah meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa setakat artikel ini ditulis.

Menurut laporan AFP, askar itu dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, dan menggunakan mesingan.

senjata yang digunakan oleh Jakrapanth




keadaan di dalam pasaraya dimana Jakrapanth melakukan pembunuhan


"Seorang lelaki bersenjata menggunakan mesingan dan menembak mangsa tidak bersalah menyebaban ramai yang cedera dan mati," kata seorang jurucakap polis seperti dipetik laporan itu.

Jurucakap tersebut tidak dapat mengesahkan jumlah kematian tetapi menurut media tempatan, angka korban telah mencecah 20 nyawa.

Menurut laporan itu, Jakrapanth melarikan sebuah kenderaan senjata dan memuat naik gambar dan video yang memaparkan dirinya dengan kelengkapan taktikal, sambil melakukan serangan.

Facebook Jakrapanth




Jakrapanth ketika beliau membuat Livestream 

Antara video dan gambar yang dimuat naik memaparkan orang ramai melarikan diri dan bunyi semacam tembakan senjata automatik.

Terdahulu hari ini lelaki itu memuat naik status bertulis "tiada siapa dapat mengelak kematian" di akaun Facebooknya. Jakrapanth juga dikatakan telah membuat live video ketika sedang membunuh.

Menurut polis, Pada mulanya dia pergi ke sebuah rumah di bandar itu dan menembak mati dua individu, sebelum ke tempat simpanan senjata di pangkalan tentera dan mengambil senjata baru, selain menembak beberapa orang di situ.

Skuad elit  Polis Thailand terpaksa dikerahkan memandangkan suspek adalah seorang yang terlatih






Polis memaklumkan lelaki itu kini berada berhampiran sebuah kompleks membeli-belah dan setakat ini masih bebas.

Bagaimanapun polis berkata pihaknya telah menutup kawasan sekitar kompleks membeli-belah itu.

Perdana Menteri Thailand telah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia.

Maklumat lanjut menyusul dan sentiasa diupdate. Sila refresh.

-Tun Carlos

Video berita:


video saksi 1:




video saksi 2:


LIVE: