Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Setelah di Troll Najib, Menteri akan umum kos sebenar Pan Borneo pada 20 Feb



KAJANG: Kementerian Kerja Raya akan memaklumkan butiran terperinci termasuk kos sebenar projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak pada 20 Feb ini, kata menterinya Baru Bian.

Pertikaian mengenai kos sebenar Pan Borneo terjadi setelah bekas Perdana Menteri DS Najib mempertikaikan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang tiba-tiba mengumumkan projek tersebut bernilai RM21.9 Billion.

"Kalau kos sebenar itu, kita akan maklumkan selepas kementerian mengambil kuasa projek itu pada 20 Feb. Tunggu pengumuman saya... banyak perkara yang belum diperincikan lagi," katan Baru Bian  kepada wartawan selepas melancarkan 'Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge' di sini, pada Isnin.




Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini iaitu pada 6 Febuari berkata sebanyak RM3.1 bilion dapat "dijimatkan" setelah Kerajaan PH menamatkan perjanjian rakan pelaksana projek (PDP) projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak.

Lim berkata anggaran implikasi kewangan kepada kerajaan dengan penglibatan syarikat PDP sebelum ini ialah RM21.9 bilion manakala anggaran implikasi kewangan setelah tamatnya perjanjian PDP ialah sebanyak RM18.8 bilion.

Setelah Guan Eng mengumumkan "penjimatan" tersebut, bekas Perdana Menteri DS Najib yang mengilhamkan projek ini telah "troll" Guan Eng di Facebook.




Najib hairan kenapa Guan Eng umum kos Pan Borneo RM21.9 Billion

"Pada tahun 2016, kos pembinaan Pan Borneo Sarawak hanyalah RM16.48 bilion. Semalam Menteri Kewayangan (Kewangan) cakap dia berjaya jimatkan RM3.1 bilion." jelas Najib

"Maka dia kata kos pembinaan Pan Borneo Sarawak kini RM18.8 bilion. Eh? Penjimatan?" ujar Najib di Facebook.

Posting Najib yang mempertikai kenyataan bercanggah oleh Lim Guan Eng mengenai kos Pan Borneo.




Lanjutan dari itu, Baru Bian berkata beliau juga akan memaklumkan mengenai kemajuan kerja fizikal projek tersebut.

"Bagaimanapun, saya perlu turun ke bawah untuk mendapatkan informasi termasuk dari perunding bebas dan saya akan umumkan (kemajuan projek) juga pada 20 Feb ini," katanya.

-Tun Carlos