Soalsiasat isu beg sekolah berisi wang bertujuan untuk serang hendap Rosmah -Peguambela
KES ROSMAH | Seorang saksi bernama Shamsul Rizal Sharbini hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia pernah menghantar “dua buah beg sekolah” penuh dengan wang tunai ke kediaman Datin Seri Rosmah Mansor.
Shamsul mendedahkan perkara itu setelah disoal oleh DPP Mohamad Mustaffa P Kunyalam.
Peguam bela Rosmah Mansor, Jagjit Singh, membantah soalan Mustaffa dalam pemeriksaan utama terhadap saksi, menyamakannya dengan "perbicaraan dengan serangan hendap".
Jagjit Singh |
Jagjit menimbulkan bantahan apabila DPP Mohamad Mustaffa P Kunyalam menyoal saksi pendakwaan keempat Shamsul Rizal Sharbini dengan soalan tambahan dalam pemeriksaan utama.
"Ini tiada dalam pernyataan saksi (Shamsul), ini adalah perbicaraan dengan serangan hendap. Ia tidak sepatutnya begitu," hujah Jagjit.
"Tujuan soalan tambahan adalah untuk menjelaskan sebarang butiran atau kesilapan.
"Anak guam saya diperangkap oleh perbicaraan dengan serangan hendap," kata Jagjit yang memohon pertimbangan hakim atas bantahannya.
Kemudian, Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata bahawa soalan Mustaffa cuma bertanya Shamsul, antara lainnya di mana dia diambil oleh SPRM.
Zaini kemudian menolak bantahan dan mengarahkan Mustaffa untuk meneruskan soalan tambahan dalam pemeriksaan utama.
Setelah disoal oleh Mustaffa, Shamsul Rizal Sharbini berkata dia membeli dua beg - yang dirujuk sebagai “beg sekolah” berwarna hitam dengan garisan oren - atas arahan dari majikannya Saidi Abang Samsudin. Beg tersebut berharga RM45.
“Saya tidak mengira wang tersebut dan terus meletakkannya ke dalam dua beg berkenaan. Saya bawa beg itu dan letakkan dalam bonet kereta,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh pendakwa raya Mustafa Kunyalam pada perbicaraan kes rasuah melibatkan Rosmah.
Ketika ditunjukkan gambar kediaman Rosmah, Shamsul mengenal pasti sofa hijau di mana dia meninggalkan kedua-dua beg itu dan juga Saidi yang imejnya turut berada dalam foto berkenaan.
“Saya bawa dua beg itu dengan wang (di dalamnya). Namun kamu cuma boleh nampak seorang dalam foto ini,” katanya menambah gambarnya tidak kelihatan kerana sudut rakaman.
Saksi itu turut berkata insiden tersebut berlaku sebelum syarikat Saidi- Jepak Holdings Sdn Bhd-memperoleh kontrak untuk membekalkan tenaga solar untuk sekolah-sekolah di luar bandar di Sarawak bernilai RM1.2 billion.
Meskipun Shamsul tidak dapat mengingati tarikh yang tepat kejadian tersebut, beliau memberitahu telah membawa "beg sekolah" ke kediaman Rosmah pada September 2017.
Shamsul juga memberi keterangan bahawa beliau telah membawa Saidi pada 2016 untuk bertemu Rizal Mansor, iaitu pembantu Rosmah pada masa itu.
Shamsul berkata, beliau kemudiannya membawa Saidi ke sebuah bank dengan dua beg yang baru dibeli.
Beliau berkata Saidi dan seorang bernama "Razak" kembali kira-kira 15 minit kemudian, masing-masing membawa salah satu beg tersebut.
“Mereka letakkan beg itu di bonet. Saidi duduk di depan dan Razak di belakang, Tiba-tiba seorang lelaki memakai jaket hitam masuk kereta dan duduk sebelah Razak.
“Saya tidak kenal siapa, Dia seperti seorang pegawai polis kerana dia bawa senjata api. Saidi beritahu saya yang dia takut apa-apa yang buruk akan terjadi kepadanya dan dia akan mati,” katanya.
Keempat-empat orang itu kemudian menuju ke sebuah bangunan di sebelah pusat membeli-belah Pavilion di ibu kota di mana beliau melihat Rizal di lobi.
Setelah Saidi berbual dengan Rizal, dua beg tersebut dikeluarkan dari bonet kereta dan diletakkan di sebuah kereta Toyota Vellfire warna hitam, kata saksi itu.
Saidi dan Razak kemudian kembali dalam kereta yang dipandu Shamsul tanpa lelaki bersenjata tersebut.
“Dalam kereta, Saidi melawak berkata dia tidak tahu siapa yang akan datang atau siapa yang ingin membunuhnya. Razak cuma tertawa,” kata Shamsul.
Shamsul juga memberi keterangan bahawa dia tidak tahu menahu akan isi dalam beg tersebut.
Itu sajalah soalan tambahan yang ditanya oleh Mustaffa yang didakwa oleh peguambela Rosmah yang langsung tiada kaitan dengan kes ini kerana langsung tiada dalam keterangan utama saksi.
Kenyataan saksi dalam soalsiasat ini boleh digunakan oleh media Kerajaan untuk mensensasikan cerita mengenai DS Rosmah.
-Tun Carlos