Sokong PPSMI, tanda sayang kepada bangsa dan bahasa Melayu -Tun M
PUTRAJAYA, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan lagi tentang kepentingan bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Sains dan Matematik yang ketika ini sedang menjadi isu kontroversi di kalangan rakyat.
“Saya Melayu. Saya sayang kepada bangsa dan bahasa Melayu,” kata Tun M selaku pemangku menteri pendidikan.
“Sebenarnya jika sayang kepada bangsa, utamakan kejayaan sebagai satu bangsa dan kemajuannya lebih dari hanya kegunaan bahasa sendiri sahaja.
“Fikirlah baik-baik. Pepatah berkata sayang anak, tangan-tangankan, sayang isteri, tinggal-tingalkan.
“Sayang bangsa utamakan kejayaan bersaing lebih dari hanya bertutur kata dalam bahasa sendiri,” katanya semasa berucap di majlis amanat dan aspirasi bersama warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini
“Bahasa yang kerap diguna dalam industri biasanya bahasa Inggeris. Tentulah sukar bagi mereka yang tidak faham sains dalam bahasa Inggeris memahami arahan yang diberi.
“Hari ini pun kita dapati mereka yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris sukar mendapat kerja. persidangan sains antarabangsa kerap diadakan. Biasanya bahasa Inggeris menjadi bahasa persidangan.
“Jika pakar sains kita tidak fasih dalam bahasa Inggeris, sains, maka kita tidak mungkin faham perbincangan yang diadakan,” katanya.
-Tun Carlos