Kebelakangan ini souffle pancake Jepun ataupun Japanese fluffy pancake kerap kali ‘menjelmakan diri’ di mana-mana laman media sosial, membuatkan ramai yang teringin mahu merasainya.
Dengan bentuk yang agak comel dan juga gebu, ia sudah cukup mencuri perhatian dan membuatkan ramai yang mengunjungi restoran mahupun kafe-kafe yang menghidangkannya. Namun harganya agak mahal juga.
Ruzita Mohamed/Facebook |
Tapi, sebenarnya anda boleh sahaja buat sendiri di rumah. Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ruzita Mohamed. Antara bahan yang anda perlukan adalah :
Bahan A:
2 biji kuning telur
40 gram tepung superfine
½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil esen vanila
25 gram susu segar penuh krim
Bahan B:
2 biji putih telur
25 gram gula castor
1 sudu kecil jus perahan lemon (Boleh gantikan dengan cuka)
Cara membuatnya :
Campurkan kesemua bahan A dan gaul sehingga benar-benar sebati. Biarkan seketika.
Untuk bahan B, pukul kesemua bahan sehingga adunan itu menjadi sedikit kental.
Kemudian, satukan kedua-dua bahan A dan B, gaul sebati. Adunan tadi bolehlah dimasak di atas kuali non-stick, tetapi jangan lupa letakkan mentega di atas kuali terlebih dahulu.
Menurut wanita berkenaan, pancake ini lazat dihidangkan bersama dengan kompot mahupun jem strawberi atau raspberi. Untuk anak-anak pula, bolehlah ditambah ais krim ataupun krim putar di atasnya. Mesti sedap!
Apa lagi, buat la skarang.