Syed Saddiq pertahan tindakan lari lompat pagar daripada berbincang dengan kumpulan protes
MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq mempertahankan tindakannya melarikan diri dan melompat pagar kepada media hari ini.
Ia berikutan banyak pandangan dari rakyat dan netizen mempersoal tindakan beliau melarikan diri daripada berhadapan dan duduk berbincang dengan kumpulan anak muda yang melakukan protes dan menghalaunya balik pada malam tersebut.
Menurut netizen, adalah tidak wajar seorang Menteri lari daripada rakyat. Sepatutnya Syed Saddiq perlu memanggil siapa ketua di antara mereka dan duduk berbincang.
Jika dilihat dari semua video yang tular dari media sosial, tidak ada satu pun bukti yang menunjukkan kumpulan anak muda itu melakukan sebarang keganasan. Hanya sekadar menjerit dan meluahkan perasaan mereka.
Apa yang berlaku pada malam tersebut sangat berbeza daripada apa yang dialami oleh Papagomo yang juga Exco Pemuda UMNO di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu beberapa minggu yang lalu.
Dalam insiden itu Papagomo tiba-tiba dikasari, dipukul, ditendang dan sebagainya oleh penyokong-penyokong Shafie Apdal, Presiden Warisan.
BACA: Papagomo diserang di KKIA Airport
Ketika dalam satu sidang akhbar tadi, beliau berkata pihak polis dan penganjur telah menasihatkan beliau supaya tidak berhadapan dengan kumpulan anak muda yang melakukan protes pada insiden di malam tersebut.
"Jika berdepan dengan mereka, situasi akan jadi lebih buruk. Jelas sekali kita tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal."kata Menteri muda tersebut seperti yang dipetik oleh MalaysiaKini.
"Jadi kita menggunakan laluan yang berbeza, bukan hanya diri saya sendiri tetapi Exco negeri Melaka (Naizamohideen) dan bekas exco negeri Johor Mazlan Bujang yang juga bersama kami."
"Jadi maki menggunakan laluan lain, yang jelas akan melalui kawasan hutan."
Tiga orang telah ditahan polis dan Syed Saddiq amat gembira dengan tindakan pihak PDRM.
"Biarkan polis menyiapkan siasatan dan saya sangat gembira mendengar tindakan telah diambil terhadap tiga orang dan saya berharap ia tidak berakhir di sana," katanya dalam sidang akhbar di program Sekolah Pemimpin Masa Depan Malaysia di Kuala Lumpur pada hari ini.
BACA: Syed Saddiq dihalau di program Rapat Umum Armada Johor
-Tun Carlos