Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiga rakyat Malaysia kini sah positif koronavirus



PUTRAJAYA - Setakat hari ini, sudah 3 orang rakyat Malaysia telah disahkan dijangkiti virus koronavirus. Semalam seorang, dan hari ini kes terbaru 2 orang.

Dua kes terbaru hari ini melibatkan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan penerbangan khas Bantuan Kemanusiaan dan Bencana ke Wuhan semalam disahkan positif.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi.

Menurutnya, lelaki yang berumur 45 tahun dan anaknya 9 tahun ditempatkan di wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dirawat. Mereka kini dalam keadaan stabil




Setakat ini, Malaysia mencatat 12 kes positif koronavirus dan daripada jumlah itu, satu kes telah sihat sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

BACA: Jumlah terkini kes Wuhan