Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tulisan hina TMJ, Dato' Tamrin dipanggil ke Bukit Aman



KUALA LUMPUR, Dato' Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung tulisannya di laman Facebook dan di blognya bertajuk “TMJ-Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar”.

Tulisan tersebut dimuat naik di Facebook beliau pada 2 February lalu yang mengandungi 36 perkara berkaitan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.




Beliau yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri memaklumkan tentang perkembangan terbaharu dipanggil ke Bukit Aman itu dalam kenyataan di sini.

“Saya telah dipanggil ke Bukit Aman pukul 11 pagi esok berkaitan tulisan saya bertajuk: “TMJ – Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar“,” katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini.




Artikel tersebut juga turut dimuatnaik di blognya . Ia berikutan apabila Tunku Ismail mengingatkan semula apa yang baginda pernah lontarkan dua tahun lalu, yang difahamkan ada kaitan dengan kes wabak koronovirus di Malaysia.

Thamrin sebelum ini pernah bersama Umno, tetapi menyertai PAS pada 2012. Bagaimanapun, beliau meninggalkan PAS selepas perpecahan Pakatan Rakyat.

Sekarang dia tak join mana-mana parti atau NGO sebab dia nak maki semua orang. Sebab dia rasa dia sorang ja yang betul.

-Tun Carlos