Disaat rakyat Malaysia mahu Pakatan Harapan bubarkan parlimen, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi lagi kritikan Malaysia terhadap sokongan AS terhadap Israel.
Ditanya nasihatnya kepada Presiden Amerika, Donald Trump susulan rencana perdamaian yang disokong AS yang sebahagian besarnya ditolak oleh Palestin dan sekutunya, kata Mahathir, "Letak jawatan."
"Saya harap rakyat Amerika akan membuat keputusan yang lebih baik.
"Ini adalah seorang lelaki yang mencemarkan peranannya dan dasarnya, cuba menggunakan tekanan asing untuk memenangi pilihan raya," kata.
Kenyataan Mahathir merujuk kepada sokongan AS terhadap Israel dalam perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap tanah mereka sendiri.
Beliau sebelum itu menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds kali ke-3.
Al-Quds merujuk kepada sebuah bandar di Baitulmuqaddis - tanah yang dianggap suci kepada ketiga-tiga agama utama Ibrahim - juga dituntut oleh Israel dan Palestin sebagai ibukota mereka.
sumber: MalaysiaKini