Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO bukan perompak, ia hanya persepsi



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi PPBM Redzuan Md Yusof menafikan dakwaan yang mengaitkan parti itu mengorbankan prinsip yang dipegang Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad susulan keputusannya bersetuju bekerjasama dengan Umno dan PAS.

Ia berikutan kenyataan Pakatan Harapan dahulu yang mendakwa parti UMNO adalah parti perompak dan kleptokrasi.

Redzuan menyatakan bahawa dakwaan UMNO adalah perompak hanya satu perseosi yang dibuat oleh Pakatan Harapan.



Untuk rekod, sehingga kini masih belum terbukti lagi UMNO dan juga pemimpin-pemimpin kanannya mencuri dan menyalahgunakan wang rakyat.

“Ini hanya persepsi. Kita tidak boleh katakan orang-orang dalam sesuatu kumpulan itu jahat, perompak dan pencuri. Kita ada undang-undang untuk uruskannya.

“Jadi tidak akan korbankan prinsip itu, prinsip sama yang kami bawa dalam Pakatan Harapan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di kediaman peribadi Muhyiddin di Bukit Damansara, hari ini.



Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah yakin kerajaan baru akan menjadi lebih baik berbanding Pakatan Harapan sekiranya ia terbentuk.

“Kalau lihat hari ini, pertumbuhan ekonomi agak terbantut. Saya tidak boleh ceritakan secara terperinci. Tunggulah, boleh buat perbandingan. Apabila kerajaan baru terbentuk, saya yakin kita boleh bergerak dengan lebih lancar,” katanya.

Terdahulu, 36 Ahli Parlimen PPBM mencalonkan presiden mereka untuk jawatan tertinggi dalam satu mesyuarat selepas Istana Negara mengumumkan ia akan bertemu pemimpin politik sebelum membuat keputusan.



Mesyuarat hari ini juga dihadiri 10 ahli PPBM baru – kumpulan ahli Parlimen PKR yang keluar dari parti itu selepas pemecatan timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Kira-kira 1 jam kemudian, PAS dan Umno mengesahkan semua 57 ahli Parlimen mereka menyokong Muhyiddin. Setiausaha Agung Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan mengesahkan sokongan itu dalam kenyataan ringkas.

sumber: FMT