Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO PAS sanggup sokong saya kerana mereka sudah hilang kekuatan -Tun M



PUTRAJAYA. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyangkal spekulasi berkenaan usahanya untuk membentuk gabungan Pakatan Nasional.

"Banyak cerita-cerita yang dibuat. Ini kerana saya terbuka, jumpa dengan semua orang (termasuk) parti lawan, NGO, badan agama dan kaum.

"Saya terbuka dengar pendapat mereka. Kalau saya tak tahu pendapat mereka, maka saya tak boleh tangani masalah yang timbul.




"Itu yang berlaku tapi ada orang tafsirkan perjumpaan saya dengan pemimpin parti lawan bermakna saya sedang berusaha untuk buat satu campuran (parti politik) baru. Ini tidak benar," katanya dalam wawancara bersama sebuah laman berita baru, The Malaysia Post.

Mahathir berkata beliau tidak mempelawa mana-mana parti pembangkang, tapi oleh kerana mereka sedar yang mereka sudah hilang kekuatan, itu sebab sehingga sanggup menyokong dirinya.




"Tak benar saya pelawa mereka (parti pembangkang), tetapi mereka sedar bahawa mereka sudah hilang kekuatan. Sebagai parti lemah mereka terpaksa tukar pendekatan iaitu sanggup sokong (saya) tetapi ada dengan bersyarat walaupun tak disebut (mereka).

"Syaratnya kalau saya ambil tindakan yang sesuai dengan pendapat mereka, tetapi kalau tak sesuai saya tak fikir mereka akan sokong," katanya.

Nampak tak style Tun Mahathir? Bila plan dia tak jadi, dia akan kenakan dan sindir balik orang yang berunding dengan dia. -Tun Carlos