Vaksin koronavirus Covid-19 dijangka siap hujung tahun depan -WHO
Tedros Adhanom Ghebreyesus |
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk Covid-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.
Menerusi Twitternya beliau berkata "ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak."
tweet Tedros |
Terdahulu, pada taklimat akhbar beliau berkata "sekarang kita memerlukan pelaburan untuk menghentikan wabak Covid-19," sambil menambah menghasilkan vaksin dan terapeutik adalah agenda penting dalam penyelidikan.
Pada minggu lalu saja, WHO memerlukan USD675 juta untuk R&D bagi vaksin covid-19 ini. Banyak negara telah menyumbang dan WHO meminta lebih banyak lagi negara menyumbang dengan segera.
"Kita bukan tidak berupaya untuk mempertahankan diri, kerana sekarang terdapat banyak dasar dan langkah pencegahan dalam kesihatan awam,"
"Jadi, kita perlu terus berusaha dengan menggunakan kelebihan yang ada bagi memerangi virus itu, sambil bersiap sedia untuk langkah jangka panjang," ujar Tedros.
Adakah kita dapat bertahahan sehingga hujung tahun hadapan? Sama-sama kita semua berdoa agar saintis dapat menemukan vaksin tersebut dengan lebih cepat.
BACA: Jumlah terkini virus Wuhan seluruh dunia
-Tun Carlos