Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita berjaya halang pegawai Majlis tarik kereta setelah mengamuk kerasukan



KENA saman, tayar dikunci atau kenderaan ditarik trak tunda adalah tindakan yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan larangan.

Sudah menjadi tugas PBT untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut agar pemandu tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sehingga boleh menyusahkan orang lain.

Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang tetap berdegil dan tidak mengendahkan undang-undang ditetapkan.




Apabila dikenakan tindakan, mereka pandai pula melenting sedangkan diri sendiri yang melakukan kesalahan, sebagaimana insiden yang berlaku baru-baru ini di mana seorang wanita mengamuk apabila kereta miliknya mahu ditarik oleh petugas PBT.

Menerusi video yang mulai tular sejak petang Khamis, wanita yang berpakaian merah jambu itu dilihat mengamuk apabila keretanya yang diparkir di tepi jalan mahu ditunda oleh petugas.




Sambil menjerit, wanita tersebut dilihat seolah-olah hilang kawalan apabila melompat-lompat bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya, malah dia juga meludah ke arah petugas dan orang awam yang mahu menenangkannya.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut cuba mencabut penutup pam tayar trak tunda dan membaling kon ke arah petugas berkenaan.

Dia juga dilihat cuba ditenangkan berkali-kali oleh seorang lelaki dipercayai orang awam, namun tindakan agresifnya tetap berterusan sehingga petugas kemudiannya menanggalkan besi cangkuk pada keretanya.

Video yang dimuat naik di Twitter oleh akaun bernama Duurianne sehingga kini sudah meraih 7,000 retweet dan 4,300 like. -MStar

video: