Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

YDP Agong tak perlukan nasihat Perdana Menteri Interim untuk bubar parlimen


Setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan secara rasmi, beliau sudah tidak lagi mempunyai kuasa sebagai Perdana menteri samada untuk membubarkan parlimen ataupun melantik sesiapa sebagai penggantinya.

Dalam ertikata lain, kuasa untuk memilih sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri yang baru dan juga Pembubaran Parlimen kini hanya terletak di bawah kuasa YDP Agong.

Baginda tidak perlu mendapat nasihat daripada sesiapa walaupun Perdana Menteri Interim yang dilantiknya yang hanya secara sementara sahaja.



Berikut adalah apa yang terkandung dalam Perlembagaan:

Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.




(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.

(5) Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen.

(6) (Dimansuhkan).

(7) Sesuatu Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (4) atau Fasal (4A) Perkara 66 tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan atau pembubaran Parlimen.




Untuk  mengetahu apakah bidang kuasa Perdana Menteri Interim, rujuk infografik di bawah.


Apapun, sama-sama kita semua rakyat Malaysia mendoakan agar Tuanku YDP Agong membuat keputusan yang paling baik untuk agama, bangsa dan negara.

-Tun Carlos

💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos