SABTU: 7 March, Sebanyak 10 kes baru jangkitan Covid-19 dikesan di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 93 kes setakat ini.
Menurut Kementerian Kesihatan, kesemua 10 kes mempunyai kontak dengan kes ke-33, melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun yang berdasarkan rekod melakukan perjalanan ke Kuching untuk menghadiri mesyuarat pada 16 Feb.
Kementerian Kesihatan berkata empat daripada pesakit baru dijangkiti pada gelombang pertama penularan virus berkenaan dan mempunyai kontak dengan pesakit kes-33, manakala enam lagi dijangkiti dalam gelombang kedua.
Pesakit ke-33 juga berhubungan rapat dengan pesakit ke- 26, pengarah eksekutif Khazanah, Hisham Hamdan.
Hisham semalam mengeluarkan kenyataan bahawa jangkitan gelombang kedua berkenaan bukan berpunca daripada dirinya.
Kementerian Kesihatan berkata siasatan terkini mengenai kontak-kontak rapat dengan Hisham mendapati satu kluster jangkitan Covid-19 berkait dengan kes ke-33.
"Sejumlah 132 kontak rapat telah dikenalpasti berkait dengan kes ini. Daripada jumlah tersebut, 18 kes telah disahkan positif, kini masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil," katanya.
Sementara itu, KKM berkata pesakit ke-78 mempunyai rekod perjalanan ke Indonesia selama tujuh hari mulai 13 Feb, dan mula menunjukkan gejala pada 19 Feb.
Indonesia mengisytiharkan empat kes Covid-19 setakat ini, tetapi terdapat kebimbangan bahawa ada kes-kes tidak dilaporkan.
BACA: Jumlah terkini covid-19 seluruh dunia
BACA: Hentikan solat jumaat untuk cegah covid-19
Sumber: MalaysiaKini