Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

110 kes positif terbaru hari ini, 20 kes di ICU. Jumlah kini 900



Kementerian Kesihatan mengumumkan 110 kes positif Covid-19 baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 900 kes.

Ini juga menandakan Malaysia mencatat lebih 100 kes baru untuk hari kelima berturut-turut, sejak 15 Mac lalu.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, daripada 110 kes baru itu, 63 daripadanya mempunyai kaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling, yang berlangsung pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.




Beliau turut memaklumkan 15 kes Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih kepada 75 orang.

"Saya juga ingin memaklumkan sehingga kini, 20 (pesakit) positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media di Putrajaya Hari ini.

Angka itu meningkat daripada 15 pesakit yang dirawat di ICU semalam.

BACA: Jumlah terkini seluruh dunia : Covid-19