Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

212 kes terbaru, jumlah 14 kematian setakat hari ini



STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 23 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 212 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,518 kes.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 212 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 123 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sehingga kini, seramai 57 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.




Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat empat (4) kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes.

Kes kematian ke-11 merupakan kes ke-1070 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak dan merupakan anak kepada kes ke-1031. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kesemua mereka.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN