Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

6 anggota PDRM positif covid, 335 ahli keluarga disaring


Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan seramai enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini disahkan positif Covid-19.

Perkembangan itu juga, menurut beliau, mendorong sebanyak 335 ahli keluarga anggota PDRM diletakkan di bawah pemerhatian sementara menunggu keputusan makmal.

"Bahaya (Covid-19) ini bukan satu ciptaan, rekaan atau bukan lakonan. Ia adalah satu realistik sekali dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.




"Warga PDRM pun sudah enam orang. Seramai 335 orang ahli keluarga PDRM ini di bawah pemerhatian menunggu keputusan.

"Itulah risiko yang petugas-petugas PDRM terpaksa ambil," katanya dalam satu wawancara bersama Buletin Awani Khas, hari ini.

Terdahulu Abdul Hamid diminta mengulas mengenai perlunya orang ramai mematuhi perintah kawalan pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan berkuat kuasa antara 18 Mac hingga 31 Mac ini.




Sementara itu, Abdul Hamid juga mengingatkan orang awam supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Sambil menekan untuk mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

BACA: Jumlah terkini Covid-19