Manurut Penasihat Media Tun Mahathir, A. Kadir Jasin berkata Perdana Menteri Muhyiddin sebenarnya menipu Makcik Kiah.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin memberi analogi seorang suri rumah bernama Makcik Kiah sebagai contoh berapa yang rakyat sepertinya dapat daripada pakej ransangan tersebut.
"Muhyiddin bagi contoh seorang suri rumah yang dia bagi nama Makcik Kiah. Makcik Kiah ni suami dia pesara tapi terus bekerja sebagai pemandu Grab dan ahli Rela, ada anak seorang."
"Tapi bukan semua orang macam Makcik Kiah. Muhyiddin kata, dengan semua kemudahan yang dia umumkan itu, Makcik Kiah dan keluarganya akan dapat penjimatan RM4,464.
"Tapi penjimataan sebenar hanyalah RM864 pasal pinjaman kereta (RM1,800), PTPTN (RM1,200) dan kredit mikro (RM600) yang jumlahnya RM3,600 akhirnya kena bayar balik juga.
"Sebenarnya Makcik Kiah hanya jimat sewa rumah PPR sebanyak RM744 dan bil letrik RM120 sebulan. Jadi yang Makcik Kiah jimat hanyalah RM864 bukan RM4,464." ujar Kadir di blognya.
"Macam mana pula dengan Makcik Limah, seorang suri rumah yang tinggal di Kampung? Suaminya bekerja di kedai tomyam bergaji hari. Anak tiga orang masih di sekolah rendah. Jumlah bantuan prihatin RM1,600 dan baki Bantuan Sara Hidup RM600. Jumlah semuanya RM2,200. "
Menurut Kadir lagi, bantuan kepada Mak Cik Kiah bukan setiap bulan tapi hanya sekali sahaja dan akan dibayar dua kali, setengah setengah.
Kesimpulannnya, Mak Cik Kiah janganlah mudah tertipu. Bantuan yang diberikan terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk mengatasi malapetaka ekonomi ini.
Kadir berkata kerajaan Muhyiddin masih kedekut. Menurutnya peruntukan kewangan sebenar hanyalah sekitar RM22 bilion
Menurut beliau lagi, orang yang gembira menerima bantuan ini sebenarnya tak faham ekonomi.
"Orang yang tidak faham ekonomi dan kewangan tentu seronok sebab dapat sedikit bantuan yang meringankan sedikit beban. Tapi orang faham ekonomi dan kewangan akan membuat analisis dan simulasi yang lebih luas dan mendalam." ujarnya lagi.
Tetapi sebaliknya, jika dilihat semula ketika boss beliau umumkan Pakej Ransangan Ekonomi pada 27 Febuari lalu, Kadir langsung tidak komen tau mengeluarkan apa-apa kenyataan pun samada di Facebook mahupun di blog.
Pakej untuk rakyat yang diumumkan oleh bossnya iaitu Tun Mahathir dilihat jauh lebih kedekut dari pakej yang diumumkan Muhyiddin pada 27 Mac 2020.
Siapa yang tak faham ekonomi sebenarnya?
Rujuk infografik di bawah:
Pakej Ransangan untuk rakyat oleh Mahathir |
Pakej Ransangan untuk rakyat oleh Muhyiddin |
-Tun Carlos