Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Abang Pengerusi SPR dilantik sebagai Peguam Negara baru



Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Mahkamah Persekutuan Idrus Harun sebagai peguam negara yang baru.

Jabatan Perdana Menteri mengumumkan Idrus akan berkhidmat selama dua tahun berkuat kuasa pada hari ini. Beliau menggantikan Tommy Thomas yang meletak jawatan pada minggu lalu.

Beliau juga abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun.




Sebelum itu, Idrus pernah menjadi peguam cara negara di Pejabat Peguam Negara (AG) dan penasihat undang-undang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Idrus juga antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi ketua hakim negara pada tahun lalu, tetapi Tengku Maimun Tuan Mat dipilih ke jawatan itu.

-Tun Carlos