Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ADUN PH menangis seperti bayi setelah gambarnya di Pejabat Exco Perak terpaksa diturunkan



PERAK: Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menangis teresak-esak seperti bayi ketika menurunkan gambarnya di pejabat ecxo kerajaan Perak di Ipoh hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak itu terpaksa keluar pejabat susulan perkembangan politik yang berlaku di Putrajaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong itu dilihat tidak dapat menahan sebak, seperti laporan Astro Awani.




“Saya rasa saya mempersiapkan diri saya untuk menerima keadaan yang akan berlaku dalam dua tiga hari ini. Saya datang sini untuk kemas barang-barang saya.

"Namun yang paling sedih saya terpaksa turunkan gambar saya sendiri iaitu gambar saya menerima watikah sebagai exco kerajaan negeri,” katanya semasa ditemui media hari ini.

Menurut Hasnul lagi, banyak kenangannya di dalam pejabat Exco ini bersama anak-anak, keluarga dan juga rakan-rakannya.

Beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Exco kerana partinya Pakatan Harapan sudah tidak lagi menjadi Kerajaan akibat kesan dari perebutan jawatan Tun Dr Mahathir dan juga Anwar Ibrahim.

-Tun Carlos

video: