Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Aktivis Pro-DAP meroyan bila disoal siasat polis


KUALA LUMPUR: Seramai 18 orang aktivis, termasuk S Ambiga dan anak bekas perdana menteri Marina Mahathir meroyan apabila disoal siasat polis susulan beberapa siri demonstrasi selepas perubahan kerajaan baru-baru ini.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadzil dan Naib Ketua Pemuda Amanah Abbas Azmi turut dipanggil untuk disoal siasat.

Kenyataan mereka dirakamkan di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, dalam dua sesi berbeza - pada jam 12 tengah hari dan 3 petang.

credit pic: MalaysiaKini





Kecuali aktivis Fadiah Nadwa Fikri yang disiasat bawah tiga akta, kesemua mereka disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis sebelum berhimpun.

Fadiah turut disiasat bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka yang disiasat ialah:

-S Ambiga
-Marina Mahathir
-Muhammad Faiz Fadzil
-Fadiah Nadwa Fikri
-E Nalini
-Asheeq Ali
-Liew Liang Hong
-Wong Yan Ke
-Nik Azura Nik Nasron




-Amir Hariri Abd Hadi
-Asmalif Abdul Adam
-Abbas Azmi
-Amar Atan
-Beverly Joemen
-Aishah Adam
-Azam Mekhtar
-Rennddypeper Ismail
-Dobby Chew
-Ridzuan Abu Bakar




Bercakap kepada pemberita selepas soal siasat, Marina berkata peraturan notis itu tidak logik kerana apa yang berlaku tidak dapat dijangka.

“Kalau kita tahu apa yang akan jadi 10 hari awal, barulah boleh hantar notis.

“Kalau begitu, semua orang di sini, yang hadir bersetiakawan (dengan kami) pun boleh dipanggil juga,” katanya.




Untuk pengetahuan semua termasuk Marina, sesiapa sahaja yang berucap di dalam mana-mana himpunan politik yang tidak mempunyai permit sememangnya akan dipanggil polis untuk disoal-siasat sahaja.

Hanya yang berucap sahaja akan dipanggil polis, bukan yang datang untuk bersetiakawan. Takkan Marina tak tahu?

Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Lokman Adam dan juga penyokong-penyokongnya seringkali dipanggil untuk disoal siasat kerana berhimpun dan melakukan ucapan di hadapan Sogo. Tidak pula mereka meroyan kerana memang mereka tahu SOP polis.




Apakah Marina tidak tahu atau sengaja buat tak tahu atau memang sengaja untuk mewujudkan persepsi bahawa polis tidak adil?

Tak kurang bodohnya, Ambiga pula berkata siasatan itu bukan permulaan yang baik untuk sebuah kerajaan baru.

“Lepas apa yang berlaku kamu ingat rakyat akan berdiam diri saja,” kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.




Sementara itu, Faiz mempertahankan tindakan mereka berhimpun. Katanya, rakyat biasa hanya tampil menyuarakan pendapat.

“Polis sepatutnya bekerja secara bebas dan menyiasat ahli DUN atau ahli parlimen yang lompat parti sama ada wujud unsur-unsur jenayah yang menyalahi undang-undang,” kata Faiz secara tiba-tiba.

-Tun Carlos