KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK
Viral gambar anggota-anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Perak yang sudi berkongsi rezeki dengan kucing gelandangan.
Di pantai Teluk Batik, Lumut, Perak memang banyak kucing-kucing yang terbiar dan adakalanya dibuang oleh tuan mereka di situ.
Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan, sudah tidak ada lagi orang yang datang ke sana sehingga menyebabkan kucing-kucing ini kelaparan.
Walaupun sebelum tempoh PKP ada yang memberi makan, tapi selalunya mereka memakan saki baki dan sisa-sisa makanan orang ramai.
Netizen mengucapkan terima kasih kepada anggota polis kerana tidak melupakan kucing-kucing yang kelaparan.
Semoga Allah memberkati rezeki anggota-anggota polis ini. Seseorang itu tidak akan jatuh miskin jika berbuat baik sesama mahkluk kerana haiwan-haiwan ini akan mendoakan anda dengan ‘cara mereka’ sendiri.
BACA: Lapisan ozon semakin pulih kesan dari koronavirus
-Tun Carlos