Anwar hanya menjeling apabila Mahathir mendakwa Muhyiddin mengkhianatinya (video)
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, meminta maaf kepada anggota parlimen PH terutama bekas bakal PM ke-8 iaitu Anwar Ibrahim di pejabatnya di Kuala Lumpur pada semalam, ketika bekas sekutunya, Muhyiddin Yassin, bersiap sedia menjadi perdana menteri baru.
Berdasarkan rakaman video, Mahathir membuat permohonan maaf tersebut kerana beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Feb lalu.
Anwar Ibrahim yang berada di sebelahnya kelihatan hanya menjeling-jeling ke arah Mahathir ketika mendengar penjelasan daripada beliau..
"Saya telah melakukan kesilapan. Saya mengambil keputusan meletak jawatan. Saya meletak jawatan kerana saya hilang sokongan (majoriti ahli parlimen).
"Jadi, saya terpaksa letak jawatan. Saya tiada pilihan.
"Saya fikir jika saya letak jawatan, ia (isu pelantikan perdana menteri baru) akan kembali kepada Agong," kata Mahathir.
Dia orang nombor dua
Ahli parlimen Langkawi itu berkata beliau mendapat sokongan semula pada akhirnya, tetapi itu tidak mencukupi untuk menghalang pembentukan kerajaan baru yang diketuai Muhyiddin.
"Jadi, saya ingin memberitahu anda sekali lagi, saya minta maaf," katanya dalam video tersebut.
Sementara itu, Mahathir juga memberitahu bahawa beliau diperdaya untuk mempercayai Muhyiddin.
"Sejurus selepas memberitahu saya bahawa dia setia kepada saya, dia mengkhianati saya, dia tidak menunjukkan kesetiaan kepada saya. Dia menunjukkan kesetiaan untuk diri sendiri.
"Dia sedia bekerjasama, walaupun dengan orang yang pencuri, penyangak, pembunuh, dia sanggup kerjasama. Itulah jenis watak yang kita ada," katanya.
Mahathir juga meminta maaf kerana tidak menyedari terlebih dahulu bahawa beliau akan dikhianati.
"Saya minta maaf, dia adalah orang nombor dua saya, saya selalu syak wasangka, tetapi anda tidak selalu bertindak atas kecurigaan (kecuali) jika anda mempunyai bukti penuh, anda bertindak," katanya.
-Tun Carlos
video: