Apa yang perlu kita tahu ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan?
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
Jabatan Perdana Menteri
SOALAN LAZIM
Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)
18 – 31 Mac 2020
1. Nama Perintah
Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).
2. Tempoh Masa
Perintah ini berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020.
3. Liputan Kawasan Perintah
Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia.
4. Kuatkuasa Undang-undang
Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
5. Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan
Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu:
i. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti
keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
ii. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
iii. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
iv. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain
institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
v. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta
Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
vi. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan
perkhidmatan penting negara (essential services).
6. Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya boleh
diadakan?
Sebarang majlis resepsi adalah TIDAK DIBENARKAN.
7. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai tempoh waktu tertentu
sepanjang 18 - 31/3/2020?
Perintah ini berkuatkuasa setiap masa tanpa tempoh waktu tertentu.
8. Sekiranya barang keperluan habis, adakah boleh keluar membeli dan terus
balik?
Ya.
9. Saya merupakan seorang warganegara Malaysia dan suami saya merupakan
warganegara UK. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysia dalam
tempoh sekatan ini?
Boleh dengan syarat pasangan boleh membuktikan kesahan perkahwinan
tersebut sama ada didaftarkan dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negara
asal. Pasangan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara
sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau
menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
10.Anak saya yang merupakan seorang pelajar di institusi luar negara. Adakah
beliau dibenarkan pulang ke Malaysia?
Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara
boleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Walau bagaimanapun, individu tersebut
perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan
jangkitan kepada orang lain.
11.Saya merupakan pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia dan telah
pulang ke negara asal saya sebelum Perintah ini dikeluarkan. Adakah saya
dibenarkan untuk kembali ke Malaysia bagi tujuan kerja semasa tempoh
sekatan ini?
Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara
(essential services) sahaja yang dibenarkan masuk semula ke Malaysia dalam
tempoh sekatan ini. Migran asing tersebut perlu mendapatkan satu surat
pengesahan daripada majikan masing - masing dan perlu dikemukakan kepada
Jabatan Imigresen Malaysia semasa berada di pintu masuk.
12.Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik ke
pejabat di Singapura?
Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang
berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, manamana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia adalah tidak
dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan
kepada majikan masing - masing berkenaan perkara ini.
13.Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan telah
membuat pembayaran sepatutnya. Adakah saya masih boleh meneruskan
percutian saya?
Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi ke
mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dan
sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan
perkhidmatan penting negara. Anda dinasihatkan tidak meneruskan percutian
anda.
14.Bolehkah saya memandu ke lapangan terbang untuk mengambil rakan yang
baru pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektor
berkaitan perkhidmatan penting negara?
Pergi ke satu tempat dengan cepat dan ringkas adalah dibenarkan di bawah
Perintah Kawalan Pergerakan.
15.Adakah sekolah perlu melaksanakan kelas ganti?
Tidak perlu.
16.Adakah kelas pengajian dan semua aktiviti yang melibatkan pelajar IPT
awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepada Perintah
Kawalan Pergerakan?
Ya.
17.Bagaimana dengan pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam dan swasta
khususnya pelajar luar negara?
Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman
masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luar
negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini. Pelajar yang pulang
ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan berkuatkuasa. Pelajar asing yang mengambil keputusan untuk terus
berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swasta perlu melapor
kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yang berkuatkuasa.
18.Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat
makanan penjaja boleh dibuka?
Kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang
sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti
Grab Food atau Food Panda.
BACA: Viral gambar pengkebumian mangsa Covid-19 di Johor
19.Adakah pengangkutan awam seperti Bas, LRT, MRT, KTM boleh beroperasi?
Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan dalam tempoh perintah
kawalan ini berkuatkuasa.
20.Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum
Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh meminta
wang saya dikembalikan?
Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan
pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum
Perintah ini diumumkan.
21.Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit Covid-19), adakah solat
jenazah dan tahlil dibenarkan?
Boleh diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama khariah masjid/surau
sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.
Dikemaskini pada:
17 Mac 2020 | 4.10 PM