Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ATM hanya membantu polis, bukan ambil alih kawalan



Ketua Polis Negara, Abdul Hamid memberitahu bahawa PDRM mengalu-alukan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan dipanggil untuk memantau PKP bermula tengah malam ini.

"Saya amat mengalu-alukannya. Saya dan Panglima ATM (Affendi Buang) sudah berbincang tentang senario apabila keadaan menjadi begitu gawat sekali.

"Pemikiran panglima terbuka, beliau menyatakan apabila keadaan tiba waktunya, pihak PDRM memerlukan bantuan ATM, maka pihak ATM bersedia untuk menghulurkan bantuan.




"Saya tidak boleh memberi jaminan bahawa PDRM boleh mengawal keadaan 100 peratus. Tidak boleh, pasal senario ini akan berubah, kita harap jangan sampai ke situ, tapi persediaan itu mesti mantap apabila ia berlaku, satu lagi team sokongan yang telah cukup terlatih bantu PDRM," katanya.

Abdul Hamid turut menolak persepsi bahawa ATM akan ambil alih kawalan daripada pihak polis.

"Ia cuma bantuan. Tidak pernah ATM kata bahawa akan ambil alik. Kita terima tawaran dari ATM hanya bantuan menambah petugas-petugas.

"PDRM masih mengetuainya. Jadi tidak timbul soal ATM nak ambil alih, PDRM tidak berkemampuan," katanya.