Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Balai Polis seluruh negara kini dibanjiri orang ramai gara-gara pengumuman KPN


Sejak awal malam tadi, Balai Polis di seluruh negara telah dibanjiri oleh orang ramai yang ingin mendapatan kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.

Ini gara-gara selepas pengumuman Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk melakukan sekatan keluar antara negeri atau domestik yang akan berkuat kuasa malam ini susulan penularan wabak Covid-19 yang kini telah membunuh 2 orang warganegara Malaysia.

Hamid berkata pihaknya sudah bersedia sejak dua minggu lalu untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa esok.






“Orang ramai yang ingin balik kampung perlu maklumkan pergerakan mereka kepada polis.

“Mana-mana individu atau premis yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan tindakan.

“Kalau pelanggaran berleluasa dalam tempoh dua minggu ini, PDRM akan mengambil tindakan yang lebih drastik,” katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.


Hamid berkata, mereka yang mahu melakukan perjalanan antara negeri perlu mengisi borang khas serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.

"Borang khas itu boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.

"Ia hanya untuk mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja," katanya.


Setelah tinjauan dilakukan, sejak awal malam tadi orang ramai dilihat sudah mula membanjiri Balai Polis di seluruh negara.

Apapun orang ramai dinasihatkan supaya bersabar dan sama-sama membantu pihak berkuasa agar segala urusan berjalan dengan lancar dan selamat.

Semua pihak perlu bertimbang rasa kerana situasi sebegini belum pernah lagi dialami oleh negara kita.

BACA: Viral gambar pengkebumian mangsa Covid-19 di Johor

video: