Banyak hand sanitizer di hospital ducuri pelawat dan pesakit
Sorang doktor telah memberitahu bahawa banyak hand sanitizer di Hopital yang diletakkan di wad-wad telah hilang dan dicuri.
Seorang doktor bernama Dr Mahyuddin di twitternya telah berkata banyak sanitizer di hospital telah dicuri oleh pesakit dan juga pelawat yang datang.
"Anda tahu, banyak sanitizer kami di hospital dicuri pesakit dan pelawat"
"Harta rakyat dan kerajaan, bukan milik peribadi anda" ujarnya di twitter.
"Adakah anda fikir sanitizer yang bukan hak anda akan melindungi anda daripada Covid-19?" ujarnya lagi.
Beliau juga telah retweet satu posting seorang wanita yang bangga apabila mengambil sanitizer di hospital dengan caption "Aku ambil kat hospital free je"
Posting wanita tersebut telah mendapat pelbagai kecaman dan hamunan.
Anda tau, banyak sanitiser kami di hospital dicuri pesakit & pelawat. Harta rakyat & kerajaan. Bukan milik peribadi anda!— Dr. Mahyuddin (@DrMahyuddin) March 19, 2020
Adakah anda fikir sanitiser yang bukan hak anda akan melindungi anda drpd COVID19? https://t.co/jVROkqIrsx