Barisan Kabinet Baru: Pemimpin UMNO tutup mulut
Pemimpin UMNO dilihat seperti mengelak untuk menjawab pertanyaan mengenai cadangan pelantikan menteri dalam kabinet baru.
Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, misalnya hanya membalas “tiada” apabila Malaysiakini bertanyakan soalan tersebut.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, pula berkata tiada apa yang boleh beliau komen mengenainya.
Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, dan Ahli Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendakwa tidak tahu-menahu sebarang maklumat mengenai pembentukan kabinet baru.
“Saya tak tahu siapa yang dicalonkan,” jawab Ismail Sabri.
Wan Junaidi pula berkata beliau hanya akan mengulas mengenai perkara itu sekiranya nama-nama menteri tersebut telah disenaraikan secara rasmi.
“Maaf, saya tak tahu sebarang maklumat, melainkan nama-nama tersebut telah keluar, baru saya boleh komen,” katanya.
sumber: Malaysia Kini