Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bekas Bakal PM ke-8 tak setuju Muhyiddin luluskan pengeluaran KWSP ketika Covid-19


Bekas Bakal Perdana Menteri ke-8, Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan di dalam Live FB sebentar tadi sekiranya para pekerja, terutamanya golongan miskin terpaksa menggunakan simpanan hari tuanya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung kesan hilang punca pendapatan akibat wabak Covid-19.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif pengeluaran akaun KWSP menerusi i-Lestari yang tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan

Ia bagi meringankan beban rakyat kerana kehilangan sumber pendapatan susulan penularan Covid-19.




Anwar berkata kerajaan perlu memberikan bantuan sebanyak RM250 sebulan kepada semua rakyat Malaysia.

“Saya prihatin dengan isu berikan ruang kepada pekerja keluarkan caruman dari KWSP. Ini simpanan untuk masa depan mereka, kelompok kaya tak membimbangkan tetapi dalam kelompok pendapatan rendah ini dikhuatiri jejaskan masa depan mereka.

“..tapi saya rasa kerajaan kena pertimbangkan semula, jangan beban hanya pada mereka, sepatutnya paling tidak kerajaan bagi sumbangan sebahagian kepada semua, kalau kata lah RM250 kalau mereka perlu tambahan keluarkan RM250 saja (dari KWSP).

“Kerajaan harus fikirkan untuk belanja dari rizab negara. Ini keadaan kritikal sekarang,” katanya dalam sidang media secara langsung di akaun Facebook hari ini.

Justeru itu, Anwar menyarankan penambahbaikan supaya pencarum boleh mengeluarkan RM250 sahaja daripada akaun KWSP, manakala kerajaan pula menambah bantuan sebanyak RM250.




Menjelaskan lanjut, katanya, bantuan RM250 itu boleh disalurkan daripada rizab negara atau pun hasil keuntungan Petronas.

“Saya pendapat ini adalah keperluan yang harus diberikan pertimbangan segera, hari ini atau esok kerana penjaja atau nelayan, kalau mereka tak kerja tiga ke empat hari mereka tiada simpanan yang panjang.

“[…] guna rizab yang besar yang ada sama ada dalam kerajaan atau Petronas untuk selamatkan rakyat sekarang,” katanya lagi.

Kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 30 Mac ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.

BACACara mohon bantuan khas Covid-19

video: