Covid-19: 2000 kakitangan kontrak akan ditambah di hospital
Peruntukan sebanyak RM100 juta akan disediakan buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melantik 2,000 kakitangan baru secara kontrak, khususnya jururawat, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Jelasnya, ini bagi mengurangkan beban jururawat dan staf perubatan yang keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa bagi merawat pesakit Covid-19.
Untuk rekod, oleh kerana disebabkan ramai kakitangan telah diberhentikan oleh kerajaan di bawah Tun Mahathir dan Pakatan Harapan sebelum ini, pembantu kesihatan yang ada sekarang terpaksa berhempas pulas dengan wabak ini.
BACA: Doktor di Italy dedah bagaimana COvid-19 merebak cepat di negara itu
“Ramai jururawat dan kakitangan hospital yang amat keletihan pada masa ini kerana mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk membuat saringan kes Covid-19 dan merawat mereka yang disahkan positif.
“Saya berharap pengambilan kakitangan baharu ini dapat dibuat dengan segera supaya semua hospital di negara kita mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menangani penularan wabak Covid-19,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.