Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Covid-19: Warga Mont Kiara KL ditahan polis, masih degil keluar berjogging



Ingkar sekatan Perintah Kawalan Pergerakan.

Masih ada lagi yang tak faham bahasa dan memandang ringan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di Mont Kiara Kuala Lumpur setiap hari ada lagi yang masih keluar berjogging.

Sebelum ini semasa bermulanya tempoh PKP diumumkan Kerajaan, memang masih ada yang keluar jogging pada waktu pagi dan petang.

Walaupun kereta peronda polis memberi amaran, mereka yang berjogging seperti tidak mengendahkan amaran dan nasihat daripada polis yang menggunakan pembesar suara.

Hari ini 11 lelaki yang masih berdegil jogging sekitar Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara telah ditahan polis dan dibawa ke balai untuk siasatan dan dakwaan.




Pecahan tangkapan :
2-Malaysia
1- United Kingdom
1- Amerika Syarikat
4- Jepun
2- Korea
1- India.

Kes disiasat di bawah Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 yang boleh membawa hukuman denda RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan dan,




Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Setelah diambil keterangan, mereka dilepaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Polis Kuala Lumpur mengharapkan kerjasama daripada orang ramai supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan demi memutuskan rangkaian wabak Covid-19 ini.

BACA: Jumlah terkini Covid-19

Sumber: Majlis Keselamatan Negara