Denda RM3.5 juta jika mempersenda dan melanggar perintah berkurung di Arab Saudi
King Salman |
RIYADH: Kerajaan Arab Saudi telah memberi amaran bahawa sesiapa yang menyiarkan mana-mana foto atau video di media sosial yang melanggar dan mempersenda pesanan perintah berkurung, atau menghasut orang lain untuk melanggar perintah berkurung, akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Dalam mesej yang dipaparkan di Twitter, Biro Pendakwaan Saudi mengatakan bahawa pelaku akan didakwa di bawah Perkara Enam Undang-undang Pencegahan Jenayah Maklumat, yang membawa hukuman sehingga lima tahun penjara dan denda sehingga 3 juta Saudi Riyal (bersamaan RM3.5 juta)
#النيابة_العامة تباشر إجراءات التحقيق مع إحدى مشاهير التواصل الاجتماعي لمخالفاتها لتعليمات الإفصاح الصادرة من الجهة المختصة ومخالطتها لحالات مصابة بـ #كورونا، ثم إعادة مخالطة آخرين أصحاء في جهات حكومية، والتحقيق جارِ عن طريقة دخولها لهذه الجهات والمتسبب في ذلك.#كلنا_مسؤول pic.twitter.com/LoGfweuKnI— النيابة العامة (@bip_ksa) March 25, 2020
Hukuman itu akan dikenakan kepada pelanggar undang-undang sahaja, manakala pemberi maklumat tidak akan dipersoal.
Tindakan yang tegas dari Kerajaan Saudi ini gara-gara tersebarnya video yang mempersendakan perintah berkurung di media sosial oleh netizen di sana pada hari pertama berkurung.
Arab Saudi mengetatkan perintah berkurung sementara di seluruh negara untuk memutuskan penyebaran coronavirus.
Ia termasuk kemasukan atau keluar dari Riyadh, Mekah dan Madinah serta pergerakan di antara semua wilayah.
Perintah berkurung diluluskan oleh King Salman selama 21 hari yang bermula pada hari Isnin,
Kes positif yang dilaporkan di Saudi sejak 25 Mac adalah seramai 562 orang. Tiada lagi kematian dilaporkan di sana.
BACA: Jumlah terkini Covid-19
sumber: Arab News