Gagal patuh arahan duduk di rumah, Rani Kulup beri amaran akan report polis
KUALA LUMPUR: Peninju terkenal daerah Gombak tengah, Abdul Rani bin Kulup Abdullah telah membuat kenyataan amaran di Live Facebooknya.
Beliau muncul LIVE di Facebook bersama dua orang bodyguard dan bercakap selama lebih 28 minit.
Beliau memberi amaran supaya semua orang duduk diam di rumah dan mematuhi arahan daripada Kerajaan supaya tidak keluar rumah ketika musim covid-19.
Beliau juga menggesa pihak polis suaya menangkap terus sesiapa yang sengaja keluar dan berkumpul ramai-ramai di luar.
Beliau juga meminta semua pemimpin pembangkang dari Pakatan Harapan agar berhenti daripada berpolitik dan menyalahkan kerajaan baru kerana menurutnya sekarang semua pihak termasuk pemimpin dari parti kerajaan harus bekerjasama membantu rakyat,
Beliau juga menggesa wakil-wakil rakyat turun membantu rakyat membekalkan barangan keperluan untuk rakyat seperti yang mereka selalu lakukan semasa waktu pilihanraya.
Beliau juga memberi tabik hormat kepada semua orang yang terlibat dalam menangani wabak covid-19 ini.
video penuh: